Copa América 1995

Edisi Copa América 1995 telah diadakan bermula pada 5 Julai 1995 sehingga 23 Julai 1995 di Uruguay sebagai tuan rumah. Ianya disertai oleh kesemua 10 buah negara di bawah naungan CONMEBOL serta 2 pasukan jemputan luar dari CONMEBOL; pasukan Amerika Syarikat dan Mexico.Dalam edisi kali ini, setiap perlawanan yang seri tidak akan bersambung dengan perlawanan masa tambahan, sebaliknya pasukan akan terus melakukan sepakan penalti untuk menentukan pemenang.